Baru-baru ini, individu yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Emma iaitu DJ Kidd telah memuat naik satu video di TikTok. Seorang individu bertanya kepada DJ Kidd mengenai keberadaan Emma. DJ Kidd selamba menjawab bahawa aktres itu berada dalam hatinya. #emmamaembong #djkidd #malaysiatrends
Tular video Aliff menyanyikan lagu ‘Dealova’ dengan penuh penghayatan, namun reaksi netizen berbelah bahagi terhadap penampilannya. Sebahagian netizen mendakwa Aliff masih belum “move on” dan meminta agar dia tidak mengganggu kehidupan Bella yang kini dilihat semakin bahagia. #bellaastillah #aliffaziz #malaysiatrends
Seorang pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat - Ampang. Kemalangan itu membabitkan empat motosikal dan dua kereta. Sebuah kereta, Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan. #malaysiatrends
Abang ipar Emma yang juga penyanyi, Cat Farish tampil menafikan khabar angin yang sedang hangat diperkatakan itu. Dia berkata yang hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan dan DJ Kidd sebenarnya hanyalah pembantu peribadi Emma. #catfarish #emmamaembong #malaysiatrends
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat tercampak ke bawah Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) selepas terlibat dalam kemalangan. Difahamkan, mangsa menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya sebelum terlibat kemalangan dan tercampak ke bawah lebuh raya berkenaan. #dash #malaysiatrends
Achey dikecam pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan status hantarannya di media sosial sebelum ini. Mereka turut menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya menyatakan rasa tak puas hati mereka. #achey #malaysiatrends
Isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia pada hari Jumaat. Terkenal dengan konten masakan dan juada berbuka puasa dan sahur, ramai terkejut dengan permegiannya secara tiba-tiba. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah. #ridzokumura #malaysiatrends
Seorang wanita dipercayai warga Jepun ditemukan ma*t terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya semalam. Siasatan mendapati mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu. Tiada sebarang unsur jenayah membabitkan insiden itu. #subangjaya #malaysiatrends
Penggunaan alat 'dummy buckle' dan tidak memakai tali pinggang keledar dengan sempurna oleh pemilik kenderaan dilihat menjadi trend semakin membimbangkan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berkata kesalahan paling banyak dalam Operasi Khas Tahun Baru Cina adalah tidak memakai tali pinggang keledar, dengan 195 kes dilaporkan, termasuk lebih 30 peratus melibatkan penggunaan aksesori tambahan. #jpj #malaysiatrends
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempat mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai pakaiannya di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen pembangkang yang berada di blok sebelah juga terhibur dengan situasi tersebut. #pmx #anwaribrahim #syedsaddiq #malaysiatrends
Ammar Nazhan akhirnya bersuara mengenai isu yang sedang tular melibatkan satu agensi yang mengesahkan bahawa video penemuan seorang Influencer, Eyka yang hilang dalam hutan di Bandung adalah Fake. Menurut Ammar, agensi tersebut tiada kaitan dengan mereka dan hanya menandatangani talent tersebut untuk job sahaja. #ammarnazhan #malaysiatrends
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam pada 11 Februari. 1. Jalan Tun H.S. Lee 2. Jalan Sultan 3. Jalan Tun Tan Cheng Lock 4. Jalan Pudu 5. Jalan Tun Perak 6. Jalan Lebuh Ampang 7. Jalan Ampang 8. Jalan Munshi Abdullah 9. Jalan Dang Wangi 10. Jalan Raja Laut 11. Jalan Belia 12. Jalan Sri Amar 13. Jalan Sultan Azlan Shah 14. Jalan Tun Razak 15. Jalan Perhentian 16. Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) 17. Jalan Kepong Baru. #kualalumpur #malaysiatrends
Pusat Perniagaan Nilai 3 dianggap 'syurga' beli-belah 10 tahun lalu bagi orang ramai mendapatkan barangan perkahwinan, perhiasan rumah, langsir dan kain ela pada harga murah. Dikatakan, hampir setiap hujung minggu ratusan bas sewa khas membawa 'kaki beli-belah' dari seluruh negara singgah di pusat ini untuk berbelanja. Namu, sejak kebelakangan ini orang ramai tidak lagi berminat untuk ‘shopping’ di sini sehingga ada menggelarnya 'bandar hantu'. #nilai3 #malaysiatrends
Seorang penyanyi yang juga bekas peserta rancangan realiti muzik popular dikatakan ditangkap khalwat bersama suami orang selepas didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga seorang wanita. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu rumah sewa pasangan tersebut sekitar jam 2 petang semalam sebelum menahan mereka atas dakwaan berkhalwat. #penyanyi #malaysiatrends
Seorang peguam dikenali sebagai Mahmud Jumaat, tampil menjelaskan bahawa isu ini sebenarnya hanyalah salah faham yang diperbesarkan. Peguam tersebut menegaskan bahawa tarian yang dilakukan oleh Pak Azad dalam video itu bukanlah tarian kavadi, sebaliknya meniru gaya entrance Muay Thai atlet terkenal, Miki Ghazali. Beliau turut menjelaskan bahawa lagu latar yang dimainkan juga bukan muzik upacara keagamaan, tetapi lagu yang sering digunakan untuk entrance pertarungan Muay Thai. #malaysiatrends
Hanya lima minit masa diambil untuk mencuri mangkuk tandas emas bernilai 2.8 juta pound sterling (kira-kira RM15.6 juta) yang ditempatkan di ruang pameran seni. Mangkuk tandas bersalut emas 18 karat yang berfungsi sepenuhnya, digelar 'America' dicuri lima tahun lalu dari Istana Blenheim di Woodstock, berhampiran Oxford. #malaysiatrends
“Ramadan (waktu) sekolah macam biasa. Nak balik awal kenapa? Bukan boleh buka puasa awal." Fadhlina Sidek menegaskan, sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa mengikut garis panduan sedia ada. Beliau turut mengingatkan pengurusan sekolah untuk meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan. #Ramadan #fadhlinasidek #malaysiatrends
Pempengaruh, Caprice hari ini mengeluarkan kenyataan di Instagram Story berkenaan permohonan maaf yang dilakukan oleh Nabil, Pak Azad dan Radin terhdap Bendahari MIC, Dato’ N. Sivakumar di Batu Caves. Menurut Caprice ramai orang mula menyalahkan kerajaan dan politikkan isu ini sehingga menjadi lebih panjang. “Orang dah minta maaf dah dato. Ramai je followers cap yang hindu pun dah maafkan mereka. Sepatutnya as a leader at MIC, you could have handled things better and cool things down. “Dan ramai start salahkan kerajaan + politikan bende ni sedangkan he is not even in PH. That guy is MIC. #malaysiatrends
Seorang individu yang tidak dikenali mengecam anak Shuib Sepahtu iaitu Thalita Individu itu meninggalkan komen seperti ‘acah-acah retis’ dan suaranya biasa-biasa je jika dibandingkan penyanyi lain. Individu terbabit turut menuduh Shuib menggunakan anak disebabkan bisnesnya yang semakin merudum. Shuib tidak berdiam diri dan terus memberi respon tegas terhadap komen negatif tersebut. #shuibsepahtu #thalita #malaysiatrends