Selebriti dan pengacara, Datin Lisa Surihani kongsi pengalaman ketika mula-mula berhijab dan kekal istiqamah sehingga kini. #hijabistamag #iamhijabi #istiqamah #lisasurihani
Kalau dulu, @nurulellynaa pernah menjadi bualan ramai dek kerana kecantikannya. Kini dia umpama bidadari dan sah bergelar seorang isteri semalam! Suatu ketika dulu, Ellyna pernah menjadi finalis program Ratu Hijabista. Cinta yang mula berputik seusai bekerja di bawah kempen bersama KFC, hari ini, mereka ditaja dan dihidangkan dengan 500 ketul ayam di majlis persandingannya! Tahniah Elyna dan suami, semoga perkahwinan dibina sentiasa dirahmati-Nya sehingga ke penghujung waktu.
Masha-Allah anak yang hebat. Baru je berusia 15 tahun tetapi matang dan bijak menjawab soalan. Qadejah El Zahra atau dikenali dengan gelaran Cess ini adalah anak kedua kepada pasangan usahawan tersohor Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida. Walaupun keluarga jutawan namun anak-anak dididik dengan baik, seimbang dunia akhirat. Diajar erti kesusahan dan perlu berusaha untuk medapatkan sesuatu. ❤️ #hijabistamag #iamhijabi #qadejah #qadejahelzahra #aliffsyukri
Aduhai, pesona kecantikan Fasha Sandha dan Nabila Razali buat mata sejuk memandang. Dua selebriti Muslimah ini diundang khas ke majlis resepsi perkahwinan Luna Maya di Bali, malam tadi. Masing-masing mengenakan persalinan kebaya dan kain batik, menyerlahkan pesona wanita Melayu tradisional. Wajah Nabila Razali dirias mekap artis Tyas Sofya dengan look angelic, sementara mekap Fasha Sandha tampil anggun dengan sentuhan magis Nadia Nordin ✨ #hijabistamag #fashasandha #nabilarazali
Masha-Allah cantiknya Abir El Saghir ni. Simple majlis dan persalinan nikah tapi tetap anggun dan terserlah seri pengantin. Baru-baru ini, Abir yang merupakan pencipta kandungan digital (makanan) dari Lubnan ini selamat bergelar isteri dan menerima senaskhah Al-Quran sebagai mas kahwin. ❤️ #hijabistamag #iamhijab #abirelsaghir
Sejuk mata memandang kecantikan wajah Sari Yanti sewaktu menyambut lebaran baru-baru ini. Pesona keibuan, lembut dan sederhana tanpa solekan berlebihan. Memang tak puas menatap, ini rupanya amalan kecantikan yang diamalkan ✨ #hijabistamag #sariyanti #jepsepahtu
Kaklong Amira Othman in the house! Alahai sweet je Amira dengan dress rona soft pink. Bertambah ayu! Amira ditemui pada majlis pelancaran The Heart of House of W di The Exchange TRX Kuala Lumpur hari ini. ❤️ #hijabistamag #iamhijabi #amiraothman
Alahai… sampai ‘blushing’ ya Kaklong @amiraaothman bila bercakap tentang jodoh. Nampak bahagia sangat tu. Suka dengan jawapan Amira yang matang, tenang dan profesional. Apa pun yang baik-baik kita aminkan. Semoga rezeki Amira terus mencurah-curah dan bertemu ‘bakal suami’ yang baik hatinya seperti diimpikan Amira. ❤️ #hijabistamag #iamhijabi #amiraothman
Semoga termakbul impian Sharifah Rose untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya 30 tahun. Mungkin tahun depan, siapa tahu kan? Didoakan agar jodoh itu adalah yang terbaik buat Rose. Paling penting doa dan restu keluarga yang menjadi kunci kebahagiaan.❤️ #hijabistamag #iamhijab #sharifahrose