Usahawan sensasi, Liana Rosli menggesa orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri susulan keputusannya anaknya, Nabila Razlan yang memilih untuk berhenti meskipun baru sahaja diterima bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka antarabangsa. Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, dia sanggup membayar penalti dalam jumlah yang agak besar kerana tidak sanggup melihat anaknya itu dilayan dengan cara yang kasar. #MHnews #MediaHiburan
Hampir tujuh tahun berlalu, budak ‘Serbuk Arang Gigi…’ Ammar Ahyan sudah genap 17 tahun. Cepat betul masa berlalu. Bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri beritahu anaknya tahu sedutan klip itu viral hanya selepas dua tahun! #MHnews #MediaHiburan #FYP
Aina Abdul kagum dengan semangat Keka. Walau apapun yang terjadi, the show must go on! Salute Keka. #MHnews #MediaHiburan #RaiseTheStarMY #RaiseTheStarMalaysia
Pelakon, Mustaqim Bahadon akui dirinya kini bahagia apabila dapat membesarkan seekor kucing yang sebelum ini pernah dibakar dan menjadi mangsa kekejaman manusia. Menurut Mustaqim, selepas hampir dua tahun, kucing yang diberi nama Socks itu sudah sembuh sepenuhnya meskipun mengalami beberapa kecacatan kekal. #MHnews #MediaHiburan
“Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi. “Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri. “Bukan sebab hari istimewa, tapi sebab dia sendiri adalah istimewa. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada… tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” - Black Hanifah [IG; black.hanifah] #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pelakon, Sophia Albarakbah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya, baru-baru ini. Menurut Sophia, dia menyerahkan persoalan kepada peguam untuk menjawab bagi pihak dirinya. #MHnews #MediaHiburan #sophiaalbarakbah
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berpendapat, sejauh mana pun anak sulungnya, Nayla Mikayla atau mesra dipanggil Mika, melangkah dalam dunia seni 🎤✨, pelajaran tetap perlu jadi keutamaan dalam hidupnya 📚👩🏻🎓. Kini, Mika tampil dalam program realiti The Chosen One musim ketiga sebagai support sister 💖, bertindak sebagai penyokong emosi dan sahabat kepada para peserta yang bertanding. Walaupun begitu, Nabil melihat pendedahan awal Mika dalam dunia hiburan ini lebih kepada satu peluang untuknya mengasah keyakinan diri 🌟 dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman berharga 📝… bukan semata-mata untuk bergelar selebriti 💪🏼 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pasangan sensasi, Bella Astillah dan Syed Saddiq diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025, malam tadi. 👩❤️👨🏆✨ Meluahkan rasa syukur atas rezeki penghargaan tersebut, Bella mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa buat mereka berdua. Ia jelas menunjukkan keakraban dan keserasian pasangan ini terus mencuri hati ramai. 💖🙏 Namun begitu, Bella memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan momen janggal di atas pentas ketika menyerahkan trofi kepada Sophia Albarakbah. Dalam masa sama, Syed Saddiq turut meminta agar ruang diberikan kepada Bella... 🤐📵 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Onz! 🥰🔥Sedutan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu ‘Es Lilin’ dengan gaya tersendiri di Konsert The Next Wave di Singapura malam tadi. Merah menyala dalam persalinan pereka Ezuwan Ismail (IGs; putrarudy90) 🙏🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Majlis anak sulung Nabila Razali & Nik Iruwan diraikan hampir 3,000 fans! Sediakan 10 khemah, 8 menu pelbagai termasuk tumbangkan seekor lembu, dua ekor kambing dan 50 ekor ayam! Terdahulu, Nabila menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis akikah anaknya di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu di Franky Corner bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang. Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan pada 18 November 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 bulan. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pengacara dan anggota 4U2C, Datuk AC Mizal akui agak kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan artis, Ajai berkaitan isu hak cipta lagu-lagu yang akan dibawakan oleh kumpulan hip hop tersebut di penganjuran WE 4U2C Live in Concert, September depan. Menurut AC, kenyataan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada kreadibiliti mereka dan perjalanan konsert tersebut. #MHnews #MediaHiburan #4U2C
Penghormatan Rossa buat sahabatnya Biduanita Negara, Siti Nurhaliza… Sekali tuan badan kasi kejutan secara spontan sambung menyanyi lagu ‘Percayalah’. Love them both! 👏🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Cantiknya Scha Elinnea & Zizi Hazirah. Kedua-dua pelakon jelita ini dilihat hadir bersama di acara Malaysian Bridal Fashion Week yang kini sedang berlangsung di Astana Hall, Bamboo Hills. #MHnews #MediaHiburan #schaelinnea #zizihazirah
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM setakat ini tidak mahu meletakkan harapan besar kepada anak-anak untuk meneruskan legasi bisnes yang diusahakan bersama keluarga. Menurutnya sebagai seorang ibu, dia lebih selesa terbuka dengan membiarkan anak-anak memilih laluan hidup mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Namun begitu, Kak KM tetap percaya setiap ibu bapa pasti punya perancangan dan pendekatan masing-masing. Dia sendiri menghormati cara didikan para penjaga lain dan yakin apa pun pendekatan yang diambil, semuanya berlandaskan satu tujuan yang sama iaitu untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Bukan biasa-biasa opening Big Stage Alpha malam ni. Sekali Mimi Fly pun join Rina Nose dan Kak Lina bawakan lagu Angkat. Energi ketiga-tiga bintang ini memang lain macam. #MHnews #MediaHiburan #BigStageAplha
Wow 🔥 Syasya Rizal sampai ke China pun masih ‘pum pang’ live depan orang ramai, memang mendonia! 👏🏼 Selamber je ibu beranak satu ini hiburkan pengunjung secara spontan kat lokasi awam di sana 💪🏼 #MHnews #MediaHiburan #FYP
MH kini berada di Puncak Dani, Genting Highlight untuk menghadiri majlis resepsi seorang artis tempatan. Rasanya boleh teka tak siapa? Apapun, MH doakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. #MHnews #MediaHiburan
Persembahan istimewa Ella di majlis pelancaran Galeri Rockqueen bertempat di Denai Alam, Shah Alam. Suara ratu rock tetap maintain. Showmanship memang onz. Terpaku para penonton bila tengok Ella perform🥰. #MHnews #MediaHiburan #Ella
Tak kan Lina Kepom diam?! 😂 Pantang mengalah, sekali tuan badan belanja lagu nasyid Inteam ‘Kasih Kekasih’ 🤍 live di Big Stage Alpha Final malam tadi. Rare habis 👏🏼🔥 #MHnews #MediaHiburan #FYP